Sunday, 6 November 2011

Video Recording Lelaki Seperti Aku

Hahahaha..Belom pape lagi aku da tak tahan gelak..Hari ni aku ngan nazir plan nak cover lagu aliff satar - lelaki seperti aku..Lepas sembahyang raya, aku ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi sekejap untuk bersihkan pusara arwah mak. After that baru ke rumah nazir sebab family dye ade wat makan sket..Bila masuk umah nazir, agak suprise la tetibe ade sofa and tripod stand siap dslr da terpasang kat situ..Dah rasa macam artis pun ade..Ramai jugak member yg datang. Lepas abes makan, terus shooting..Hahaha..Banyak kali kena record sebab aku salah lirik, nazir plak ade salah kord gitar..Dalam banyak-banyak video yg kteorang record, ade satu video ni memang lawak gila..Tgh2 sedap recording, snap!! Tali gitar nazir putus..Memang berhenti terus main, bantai ketawa..Hahahahahaha..


Lelaki Seperti Aku Spoil Cover Version

Kelakar kan? Nak record sekali lagi masa da tak sempat sebab nak pergi umah aswa pulak..So kteorang pun berangkat la ke umah aswa..Sebelum ke umah aswa, aku singgah supermarket sekejap sebab nazir kata nak beli guitar string..Nazir beli 4 string terus, katanya standby..Hahaha..Lepas dari umah aswa, aku, nazir, dan bun bergegas ke Taman Bandar untuk record kali yang keberapa tah..Macam biasa, salah lirik, lupa lirik, dan salah kord adalah perkara biasa..Hehehe..Semua video tu diamanahkan kepada nazir untuk diedit sebab aku memang tak tahu edit video..Lagipun nazir ni student Multimedia University..Mesti pandai edit video..So sekarang aku dalam tempoh menunggu final video disiapkan untuk diupload dalam blog ni..Hehehe..Sekian..Enjoy the video..

Thursday, 3 November 2011

RC Stromm 41 Inch Acoustic Guitar

Hohoho..Dah lama rasanya aku tak update blog ni..Entry kali ni tentang boling & gitar..Arini aku ada match boling dgn dauz, razmin & amsyar..Aku ngan dauz sampai Megalanes awal, so kteowg decide bukak dulu satu frame..Of course la  aku menang kan bila lawan ngan dauz..Maklumlah, bawak kelengkapan boling dari umah..Hahaha..Bunyi cam berlagak tapi aku kesah ape..Kau ada? Hahaha..Lepas abes satu frame tu, min ngan am pun sampai..Nak dijadikan cite, kteowg berempat bukak la 4 frames..Peh letih siot maen..Campur lagi satu frame yg aku bukak awal-awal tadi menjadikan 5 frames aku ngan dauz maen..Lepas abes boling, aku singgah jap Bank Rakyat kat Mahkota Square untuk kuarkan RM300 dari akaun simpanan sebab aku plan nak usha gitar..Then aku gi la Kuantan Music Centre ngan dauz..Bila masuk je dalam kedai, perghhh aku jadi rambang mata..Gitar sume cantik..Aku usha la acoustic & semi-acoustic guitar..Ada satu gitar ni aku minat..Rosewood fretboard..Tapi bila tengok harga, terus perasaan hampa datang..RM1450 kot harga gitar tu..Memang ter'over' bajet aku..So aku usha jela gitar brand biasa..41 inch semi-acoustic harga RM380..Mintak kurang tauke kedai bagi RM350..Mmg tak lepas la aku nak beli..So aku beli RC Stromm 41 inch acoustic guitar yang berharga RM255 tapi dapat kurang RM230..


RC Stromm 41 Inch Acoustic Guitar


Alang-alang ada balance RM70, aku nak beli tuner sekali. Tauke tu offer aku guitar tuner sekali dgn capo brand Alice..Harga RM58 tapi sebab aku da angkat satu gitar, dia bagi RM50..


Alice Multifunctional Capo with Tuner


Kemudian aku beli plectrum Alice berharga RM2..Total aku spend untuk gitar sume skali RM282. Bayar cash taw bukan cek mahupun kad kredit..Jadi ni la gitar baru aku..Hehehehe..


Resit Pembelian

Saturday, 15 October 2011

Pemasangan Kad Grafik ASUS GT440

Semalam aku kat umah adam untuk formatkan pc dia dari Windows XP yang lapuk kepada Windows 7 Ultimate..Lepas habis format, aku install pula driver-driver yang berkaitan..Dah selesai semua tu baru la aku pasangkan kad grafik ASUS GT440 kat PCI slot motherboard dia..Kad grafik ni dia beli dengan harga RM330 dekat  0101 IT Centre belakang Berjaya Megamall, Kuantan..Specification kad grafik ni boleh tahan la..Memori kad 1GB GDDR5, siap ada PhysX by Nvidia lagi..

Kotak Asus GT440

Ni la rupa close-up kad grafik ASUS GT440

Proses pemasangan kad grafik ni tergendala seketika sebab wayar-wayar yang bersambung kat motherboard bersimpang-siur..So aku cabut wayar harddisk, wayar multimedia card slot, wayar sambungan universal serial bus (USB) dan lain-lain..Kemudian aku alihkan posisi harddisk kebawah sedikit sebab kad grafik ni makan ruang..Akhirnya kad grafik ni berjaya dipasang..Pastu tak pasal-pasal aku kena arrange balik wayar-wayar untuk nampak tersusun..Ala, bukan aku rushing pun nak siapkan..Cool sudah.. 


Aku sedang mengenalpasti kedudukan wayar yang hendak disambung. Kawan yang kat sebelah tu menyibuk je. Hahaha.


Da siap semua, tanpa bertangguh aku terus pasang power supply..Mesti la teruja nak tengok macam mana display graphics dia..Perghh serius aku cakap memang cantik lepas aku on desktop dia..Yang si Adam ni tersengih-sengih macam kerang busuk sampaikan aku rasa nak ambil pasu kecil yang aku dapat masa kenduri kahwin tengahari tu nak hentak dagu dia..Hahahaha..Lepas tu aku tolong install software-software penting seperti CCleaner, Tune Up Utilities, Microsoft Office dan lain-lain..Untuk game, aku try install Need For Speed Most Wanted..Bila main, grafik lekat-lekat..Aku da pelik asal boleh lekat sedangkan kad grafik da power..Cek punya cek, rupanya processor cpu dia 1.10Ghz je..Caitt..Kena tuka baru la processor yang lebih tinggi speed kalau nak okay..Hahahaha.

Wednesday, 13 July 2011

Family Fun Night PERDIPSA

Family Fun Night PERDIPSA telah diadakan pada 12 Julai 2011 bertempat di One Stop Center UiTM Jengka, Pahang..Pelajar semester dua Diploma Sains telah diamanahkan untuk merancang dan menjalankan majlis ini..

Belon yang Tertera Nama Majlis


Penat juga membuat persediaan majlis ni..Bajet yang diberi pun tak cukup..Kami buat yg termampu jela..Itu pun ada lagi suara-suara sumbang kata event ni tah pape, tak best la..Terasa nak kepok je kepala yang banyak complaint tu..Tapi bagi budak2 part 2 seperti aku ni, kami agak puas la sebab berjaya anjurkan majlis ni walau keadaannya serba kekurangan..Juadah yang disediakan bagi aku not bad la..Kuih-muih, nugget, sosej, air sejuk berperisa..Ada lagi menunya tapi aku da lupa..Hahaha..Bagi memeriahkan suasana, aku telah mengambil keputusan untuk join persembahan..Rasanya malam tu persembahan nyanyian je..Aku telah mengiringi persembahan rakan sekelas yang menyanyikan lagu daripada kumpulan Tropika iaitu Cinta Pantai Merdeka dengan bermain gitar eletrik Ibanez aku..Disebabkan efek gitar takde, so bunyi gitar cam teruk sikit la..Aku punya la berdebar nak main gitar; maklumlah, tak biasa buat show depan orang ramai..Hehehe..Intro gitar aku pelik dan klasik sikit..Aku maenkan intro lagu Si Bujang Lapuk..Bergempitalah sekitar One Stop Center tu dengan sorakan..Lepas persembahan cinta pantai merdeka, persembahan gitar daripada Nana pula mengambil tempat..Lagu menda tah diorang bawak aku pun tak ingat..Lepas persembahan, ada pula aktiviti lain seperti makan epal bergantung, music chair, dan lain-lain..Overallnya okay bagi aku..Cuma aku harapkan lebih pada event yang akan datang..


Urusan Pendaftaran Tetamu yang Hadir

Antara Tetamu VVIP yang Hadir

Antara Juadah yang Disediakan untuk Tetamu

Persembahan Cinta Pantai Merdeka oleh Shukri dan Ey-mee

Persembahan Daripada Nana dan Shazwani

Tuesday, 29 March 2011

Garden Of Euphoria

28 Mac 2011 adalah hari di mana PERDIPSA menganjurkan majlis makan malam bertemakan Inggeris yang dinamakan Garden of Euphoria. Dengan bayaran sebanyak RM20, para tetamu disajikan dengan berbagai jenis menu seperti chicken chop, french fries, nasi putih, lauk paprik ayam, puding jagung, dan aiskrim. Pelbagai persembahan menghiasi acara majlis. Dalam majlis ini, aku telah dianugerahkan dengan gelaran Prince of The Night. Huhu..


Prince of The Night; Garden of Euphoria

Sunday, 26 December 2010

Sedikit Informasi Tentang Diri

ASAS

Nama: Ahmad Hilmi
Jantina: Male
Tarikh Lahir: 15 July

PENDIDIKAN

Pendidikan rendah:
  • SRK Sulaiman,Bentong (1997-1998)
  • SK Sungai Isap, Kuantan (1998-1999)
  • SK Indera Mahkota, Kuantan (1999-2002)
Pendidikan menengah:
  • SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan (2003-2007)
  • SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan (2008-2009)
Pendidikan tinggi:
  • Kuala Lumpur Metropolitan University College, Kuala Lumpur (2010)
  • Universiti Teknologi Mara, Pahang (2010)

PERSATUAN / KELAB

Pendidikan rendah:
2000-2002
  • Ahli biasa Kelab Sains
  • Ahli biasa Tunas Kadet Remaja
Pendidikan menengah:
2003-2004 (1-2 Rajin)
  • Ahli biasa Kelab Sains
  • Ahli biasa Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Ahli biasa Kelab Bola Tampar
2005 (3 Rajin)
  • Ahli biasa Kelab Matematik
  • Ahli biasa Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Ahli biasa Kelab Bola Tampar
2006 (4 Aktif)
  • Ahli jawatankuasa Kelab Sains
  • Ahli jawatankuasa Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Ahli jawatankuasa Kelab Bola Tampar
2007 (5 Aktif)
  • Naib pengerusi Kelab Sains
  • Pengerusi & Ketua platun Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Pengerusi & Kapten pasukan Kelab Bola Tampar
  • Ketua Rumah Sukan Laksamana
2008 (6RS2)
  • Ketua platun Persatuan Bulan Sabit Merah semasa Pertandingan Kawad Kaki Formasi
2009 (6AS2)
  • Pengerusi Kelab Sains
  • Pengerusi & Ketua platun Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Pengerusi & Kapten pasukan Kelab Bola Tampar
  • Ketua Rumah Sukan Bendahara
Pendidikan tinggi:
2011
  • Ahli PERDIPSA UiTM Kampus Jengka, Pahang

Monday, 15 November 2010

Rusuhan KLMU

Tengah-tengah menulis blog ni, aku teringat something yang aku rasa nak kongsikan bersama. Entry kali ni pasal kejadian yang berlaku kat tempat belajar aku sendiri iaitu Kuala Lumpur Metropolitan University College atau lebih terkenal dengan panggilan KLMU. Ala, kat radio, televisyen selalu keluar iklan institusi pengajian ni. Masa kejadian ni berlaku, aku dalam bas dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Dalam bas aku dapat panggilan dari rakan rumah katanya ada rusuhan hebat sedang berlaku depan kolej. Rusuhan ni berkaitan dengan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih dikenali sebagai PTPTN. Banyak desas-desus yang mengatakan pihak kolej makan duit ptptn pelajar la apa la. So pelajar-pelajar kolej ni buat la rusuhan sampai pihak atasan kolej terpaksa turun untuk berbincang dengan para pelajar. Memandangkan kolej ni ada menawarkan jurusan grafik, ada yang kreatif mereka poster mogok untuk rusuhan ni. Gila gempak la. Depan kolej tu jalan besar, banyak kereta lalu-lalang. Selamba je budak-budak ni buat rusuhan. Jalan sesak terus sampai bas pun hon banyak kali nak lalu. Gila kan? Tapi nak buat macam mana, siapa tak marah kalau pasal duit. Aku pun tak tahu apa kesudahan rusuhan ni sebab aku malas nak join. Pelajar baik la katakan. Hahaha..Dalam entry ni aku serta beberapa keping gambar ketika kejadian.


Poster untuk Rusuhan Kolej

Papan tanda DBKL diconteng perkataan "MOGOK"

Pihak kolej menggunakan 'hailer' untuk berunding dengan pelajar

Antara pelajar yang join rusuhan ni

Boleh korang bayangkan berapa ramai pelajar join rusuhan ni?

Pihak polis terpaksa turun untuk meleraikan keadaan