Family Fun Night PERDIPSA telah diadakan pada 12 Julai 2011 bertempat di One Stop Center UiTM Jengka, Pahang..Pelajar semester dua Diploma Sains telah diamanahkan untuk merancang dan menjalankan majlis ini..
Belon yang Tertera Nama Majlis
Penat juga membuat persediaan majlis ni..Bajet yang diberi pun tak cukup..Kami buat yg termampu jela..Itu pun ada lagi suara-suara sumbang kata event ni tah pape, tak best la..Terasa nak kepok je kepala yang banyak complaint tu..Tapi bagi budak2 part 2 seperti aku ni, kami agak puas la sebab berjaya anjurkan majlis ni walau keadaannya serba kekurangan..Juadah yang disediakan bagi aku not bad la..Kuih-muih, nugget, sosej, air sejuk berperisa..Ada lagi menunya tapi aku da lupa..Hahaha..Bagi memeriahkan suasana, aku telah mengambil keputusan untuk join persembahan..Rasanya malam tu persembahan nyanyian je..Aku telah mengiringi persembahan rakan sekelas yang menyanyikan lagu daripada kumpulan Tropika iaitu Cinta Pantai Merdeka dengan bermain gitar eletrik Ibanez aku..Disebabkan efek gitar takde, so bunyi gitar cam teruk sikit la..Aku punya la berdebar nak main gitar; maklumlah, tak biasa buat show depan orang ramai..Hehehe..Intro gitar aku pelik dan klasik sikit..Aku maenkan intro lagu Si Bujang Lapuk..Bergempitalah sekitar One Stop Center tu dengan sorakan..Lepas persembahan cinta pantai merdeka, persembahan gitar daripada Nana pula mengambil tempat..Lagu menda tah diorang bawak aku pun tak ingat..Lepas persembahan, ada pula aktiviti lain seperti makan epal bergantung, music chair, dan lain-lain..Overallnya okay bagi aku..Cuma aku harapkan lebih pada event yang akan datang..
Urusan Pendaftaran Tetamu yang Hadir
Antara Tetamu VVIP yang Hadir
Antara Juadah yang Disediakan untuk Tetamu
Persembahan Cinta Pantai Merdeka oleh Shukri dan Ey-mee
Persembahan Daripada Nana dan Shazwani
No comments:
Post a Comment