Tengah-tengah menulis blog ni, aku teringat something yang aku rasa nak kongsikan bersama. Entry kali ni pasal kejadian yang berlaku kat tempat belajar aku sendiri iaitu Kuala Lumpur Metropolitan University College atau lebih terkenal dengan panggilan KLMU. Ala, kat radio, televisyen selalu keluar iklan institusi pengajian ni. Masa kejadian ni berlaku, aku dalam bas dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Dalam bas aku dapat panggilan dari rakan rumah katanya ada rusuhan hebat sedang berlaku depan kolej. Rusuhan ni berkaitan dengan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih dikenali sebagai PTPTN. Banyak desas-desus yang mengatakan pihak kolej makan duit ptptn pelajar la apa la. So pelajar-pelajar kolej ni buat la rusuhan sampai pihak atasan kolej terpaksa turun untuk berbincang dengan para pelajar. Memandangkan kolej ni ada menawarkan jurusan grafik, ada yang kreatif mereka poster mogok untuk rusuhan ni. Gila gempak la. Depan kolej tu jalan besar, banyak kereta lalu-lalang. Selamba je budak-budak ni buat rusuhan. Jalan sesak terus sampai bas pun hon banyak kali nak lalu. Gila kan? Tapi nak buat macam mana, siapa tak marah kalau pasal duit. Aku pun tak tahu apa kesudahan rusuhan ni sebab aku malas nak join. Pelajar baik la katakan. Hahaha..Dalam entry ni aku serta beberapa keping gambar ketika kejadian.
Poster untuk Rusuhan Kolej
Papan tanda DBKL diconteng perkataan "MOGOK"
Pihak kolej menggunakan 'hailer' untuk berunding dengan pelajar
Antara pelajar yang join rusuhan ni
Boleh korang bayangkan berapa ramai pelajar join rusuhan ni?
Pihak polis terpaksa turun untuk meleraikan keadaan






No comments:
Post a Comment