Sebenarnya memang dah lama aku teringin nak main gitar atas pentas dewan sekolah..Sempena sambutan hari guru, aku dah rancang nak main lagu kau ihamku yg dipopularkan mambai..Bila aku mohon satu slot untuk aku perform, organizer tolak sebab dah ada kumpulan koir bawak lagu tu..Frust tak payah cakap la..Mujur la anak buah bulan sabit aku tahu aku nak main lagu tu..Dia gi btaw cikgu koir yang aku sebenarnya nak main lagu tu..Suratan atau kebetulan, cikgu koir tu pun tengah mencari orang yang boleh main gitar untuk iringi kumpulan koir tu..So kira aku on la..Aku ambil masa 2 hari untuk master kord dan cara plucking lagu tu..
Persembahan Kau Ilhamku
Hari yang ditunggu pun sudah tiba..Aku melangkah keluar dari rumah dengan menggalas beg gitar..Terasa macam roxsta nak pergi buat show RM5000..Hahaha..Ramai jugak pelajar yang usha-usha aku..Yela, dah galas beg gitar confirm la ada persembahan gitar..Persembahan hari tu banyak jugak la..Ada chinese yang main violin..Boleh tahan persembahan dia..Tapi yg paling aku tak suka bila persembahan jumpstyle..Poyo je aku tengok budak-budak atas pentas terkinja-kinja melompat sana-sini konon style la..Dah la movement banyak yang sama..Sementara menunggu slot aku, aku yg kat backstage berdebar..Masa ni la nak lupa kord..Akhirnya masa yang ditunggu tiba..Bancha dah keluar dulu atas stage dengan bawak gitar..Ada la orang bersorak..Yela, kalau dah bawak gitar confirm la persembahan best..Bila aku keluar dari backstage bawak gitar aku, makin ramai bersorak..Malu, bangga semua bercampur baur..Aku tak pandang depan terus nervous punya pasal..Persembahan kteorang berjalan lancar tanpa masalah cuma masa tengah-tengah persembahan, zaim gi panjat tangga backstage untuk ke bahagian atas dewan, pastu dye taburkan bunga dari atas..Dah la tabur kat aku sorang je..Persembahan tu diakhiri dengan tepukan gemuruh oleh pelajar..Lepas persembahan, aku keluar la dari dewan..Macam biasa aku menggalas beg gitar..Baru je keluar, ada pelajar perempuan tahan aku..Katanya nak ambil gambar aku..Aku tergamam kejap; eh betul ke apa aku dengar ni..Aku tanya la nak amek gambar aku watpe. Dye kata untuk majalah sekolah..Nampak sangat menipu sebab dia pegang kamera handphone, bukan kamera digital macam biasa sidang redaksi sekolah pakai..So aku tolak cara elok..Cam tak sangka first show aku dah ada orang nak gambar..Hehehe

No comments:
Post a Comment